Thursday 3 December 2009

SUBSIDI MINYAK 2010

LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENYELARASKAN SUBSIDI MINYAK PETROL DAN DIESEL DENGAN PENGGUNAAN MYKAD PADA PANDANGAN LW ADALAH SATU LANGKAH YANG BAIK.
BUAT APA KITA BAZIRKAN DUIT NEGARA KEPADA BUKAN RAKYAT KITA. NAMUN BEGITU, LW SANGAT BERHARAP AGAR PIHAK KERAJAAN DAPAT MELAKSANAKANNYA MELALUI SATU SISTEM YANG TERBAIK. BUKAN APA TAKUT ADA YANG MENANGGUK DI AIR YANG KERUH ATAU SALAH GUNA MYKAD.
LW JUGA SANGAT HARAP AGAR PIHAK KERAJAAN HARUS MEMIKIRKAN CARA BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG TIADA MYKAD. TERUTAMANYA BAGI ANGGOTA TENTERA YANG MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN TENTERA DAN JUGA SEBAHAGIAN ANGGOTA POLIS YANG MASIH MENGGUNAKAN KAD KUASA YANG LAMA.
SALAM SATU MALAYSIA.

Thursday 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

LW dengan ini ingin mengucapkan selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca blog ini dan para sahabat yang dikasihi. Semoga kita semua dapat ambil Ikhtibar dari peristiwa Korban ini. Selamat bercuti, berhati-hati di jalan raya... Salam.

Monday 23 November 2009

Apa-apa aje...

Salam semua....dah lama tak menulis blok ni. Agak sibuk juga dua tiga bulan ni.
Dalam kesempatan ini LW ingin ucapkan selamat hari ulang tahun ke 69 Ayahanda tercinta tahun pada 22 Nov 2009. Semoga dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan dan rezegi berterusan oleh Allah.
Tidak lupa juga kepada semua sahabat-sahabat yang berjaya menamatkan pengajian yang lepas. Semoga masing-masing mendapat rezeki dengan memperolehi kerja atau jawatan yang di idamkan.
Sampai jumpa lagi...

Tuesday 23 June 2009

Mai Penang

Dah lama LW tak gi Pulau Pinang untuk bercuti dan bersantai semenjak berhijrah ke Shah Alam. Masa cuti sekolah lepas dapatlah lepas gian, yang bestnya Penang musim durian emmm... Tapi dalam perjalanan dah habis puluhan ringgit makan durian kat Perak so tengok je la durian-durian kat Penang.

Naik Bukit Bendera...train macam sardin penuh, kalau ada orang kentut sabar je le... LW pun nak terkentut tapi tahan je...hehehe.

Sebelum nak naik Bukit Bendera...Nak cari parkir kenderaan amatlah susah kat sini...
Ni pemandangan dari bilik hotel tingkat 17 Berjaya Hotel Jalan Burma Penang.

Dalam Feri, tunggu juga Feri Pulau Pinang tak dapat... selisih tengah Laut je.
Padang Kota Penang... mana Ayahnya... tula masalahnya kalau jadi jurugambar.
Di kesempatan ini LW nak ucapkan selamat bertugas kepada sahabat yang berjaya mendapat kerja. Yang tak dapat lagi teruskan berusaha.

Wednesday 6 May 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH

TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEKELAS YANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN PRAKTIKAL MASING-MASING. TAHNIAH JUGA YANG TERUS MENDAPAT KERJA. SEMOGA ANDA SEMUA MEMPEROLEHI REZEKI YANG HALAL DAN MASA DEPAN YANG CERAH SETERANG CAHAYA MATAHARI. BAGI YANG BELUM BERJAYA TERUSKAN USAHA DAN TERUS BERUSAHA. MUHASABAH DIRI SENTIASA UNTUK KITA MEMAJUKAN DIRI SENDRI, KELUARGA, AGAMA DAN NEGARA. JANGAN MENARUH HARAPAN YANG TINGGI KEPADA SESUATU YANG BELUM PASTI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT YANG TELAH BANYAK MEMBANTU SAYA SELAMA INI.

Monday 30 March 2009

RENUNGAN BERSAMA PART 2

DI PETIK DARI USRAH RASA HATI...IKIM.FM
Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.
Sebab-sebab hati sakit;
1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.
2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.
3.Lupakan hari kiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, syurga dan nerakaApabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah.
Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati;
1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah swt.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas

Saturday 21 March 2009

RENUNGAN BERSAMA


Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.
Firman Allah swt;
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:
Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman.
Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.Ciri-ciri hati yang mati.Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt.
Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;
1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.

Friday 20 March 2009

THE TRIPLE 10

Today is the special day for me and my wife. The triple 10.You knows why??? Hari ini usia perkahwinan kami genap 10 tahun 10 bulan 10 hari. Doakan kami kekal aman bahagia hidup bersama sehingga ke akhir hayat kami Amin…

Friday 13 March 2009

3 S (Salam, Senyum & Selawat)

Sebagai renungan dan memperingati diriku dan semua yang membacanya.

3 S (Salam, Senyum & Selawat) diantara perkara yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

SALAM: Kita harus memberi salam setiap kali kita bertemu dengan saudara se Islam dengan lafaz Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tanpa mengambil kira sama ada kita kenal atau tidak.

SENYUM: Kita harus sentiasa memberi seyuman, agar ia dapat menenangkan hati kita dan juga hati orang lain yang melihat kita. Amalan memberi seyuman dan memberi salam adalah akhlak mulia yang diajarkan keapada kita oleh Rasullullah s.a.w.

SELAWAT: Berselawat keatas Rasulullah s.a.w.

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).

Semoga amalan ini akan menjadikan hati kita sejahtera. Antara ciri-ciri hati yang sejahtera;

a) Sentiasa mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah swt.

b) Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna-maknanya.

c) Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.

d) Sentiasa berhati-hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.

e) Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah swt.

f) Berperibadi dengan akhlak yang mulia.

g) Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.

h) Sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketetapan ilahi.

Selamat beramal…

Wednesday 4 March 2009

PERAK OH PERAK

1. Kecewa, malu, bengang dan sedih dengan situasi yang telah berlaku dengan POLITIK NEGERI KELAHIRANKU PERAK. Ahli politik dok berebut kuasa untuk memerintah, rakyat yang menjadi mangsa. Ketidak stabilan politik negeri PERAK ketika ini amat merugikan rakyat PERAK yang menjadi mangsa keadaan akibat perebutan kuasa untuk memerintah negeri.


2. Kalau ahli politik asyik bercakaran bila projek pembangunan negeri hendak dilaksanakan. Dahlah dalam keadaan kegawatan ekonomi global ketika ini rakyat lebih derita mengenang nasib. Hampir setahun PRU 12 telah berlalu tetapi masih berebut kuasa. Rakyat mahukan pembangunan, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab seseorang ADUN itu melaksanakan tugasnya untuk kesejahteraan rakyat bukan gunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Nama pun ‘Wakil Rakyat’ kenalah bekerja untuk rakyat bukan rakyat jadi hamba ahli politik. Kita tidak mahu keadaan politik yang tak menentu ini akhirnya kita semua akan rugi. Biarlah parti yang telah dipilih rakyat memerintah dengan caranya sendiri demi kepentingan rakyat. Kalau tak puas hati rakyat boleh memilih kerajaan yang lain pada pilihan raya yang akan datang. Saya merayu kepada ahli-ahli politik nagara, fikirkan hak RAKYAT.

Friday 27 February 2009

TEKNOLOGI SALAH ATAU PENGGUNA TEKNOLOGI YANG HARUS DIPERSALAHKAN???

Sedih dan kecewa saya, semenjak kebelakangan ini bayak kes-kes kejadian pencemaran atau eksploitasi hak-hak peribadi seseorang sebagai satu ancaman dan ugutan kepada seseorang individu. Tersebarnya gambar-gambar lucah dan video-video aksi 'panas' dengan mudah tersebar luas sejajar dengan pembangunan teknologi yang ada. Perkara sebegini memang telah berlaku sekian lama cuma caranya berbeza. Dahulu aksi-aksi yang memalukan dirakamkan dan diedarkan melalui foto-foto atau video tape. Tetapi ia agak terhad dan masih boleh terkawal.

Penyalahguanaan teknologi moden kini telah menjadi satu ancaman atau satu penyakit masyarakat negara kita sekarang. Di Barat perkara ini telah lama berlaku, kenapa perkara songsang ini diikuti oleh masyarakat kita. Saya menyokong perkembangan teknologi ini namun ETIKA dalam pengunaan teknologi perlu diambil berat oleh masyarakat kita. Dunia sekarang penuh dengan penipuan dan dengki-mendengki sesama kita.

Kalau hendak menjadi masyarakat bertamadun kita haruslah mengikuti adat dan budaya kita yang telah lama kita sendiri melupakannya. Persoalannya adakah perkembangan teknologi ini patut dipersalahkan atau individu yang semamangnya tak ada akal untuk ambil gambar dan aksi mereka, kononnya sebagai koleksi peribadi ataupun orang yang mengedarnya. Bagi saya individu yang ambil gambar tak senonoh ini dan orang yang mengedarnya harus dipersalahkan. Teknologi tidak harus dipersalahkan malah ia banyak kebaikan sekiranya ia diadakan secara beretika.

Thursday 19 February 2009

JOM MAKAN SEAFOOD DI NELAYAN

Hello geng2 PR kalau nak joint boleh datang pada 27 Feb 2009 dalam jam 8 malam....see you at restorant nelayan titiwangsa. Aur nak belanja kot....hehehe.

Wednesday 18 February 2009

NOTICE TO PR (POWER RANGER) COURSE MATE FELLOW

Assalamualaikum. The recommendation letter from our ex-head programme, I’m still not receiving from Madam Wann. If you need urgent, please email to madam. The latest information, only six recommendation letter already completed but still with madam Wann. Tq.

Saturday 7 February 2009

Penat!!!

Baru habis expo kerjaya ATM yang lepas, datang pulak hari TD ke 76 pada 1 mac ni...Artikel untuk majalah tak siap lagi Ahhh. Survey Expo tak habis key in dalam spss. Tapi, sy suka buat kerja dari tak ada kerja, Kalau tak ada kerja sy akan demam silap2 masuk wad. Sebab otak tak bekerja. Satu tekanan lagi, Editor majalah perajurit dah cabar sy untuk hasilkan dua artikel dalam masa praktikal ni.
Dalam pada itu sy sedih apa yang terjadi negeri kelahiran sy PERAK. Rakyat diperbodohkan oleh ahli politik yang tamakan kuasa. Menjadi pemimpin untuk menyusahkan rakyat. Rakyat perlukan pembangunan bukan pertukaran pemimpin dan isu-isu politik dimainkan. Sy tak kisah siapa pun yang memerintah asalkan rakyat dapat hidup dengan harmoni. Pilihlah pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Lu pikir la sendiri...

Sunday 25 January 2009

APA NAK JADI DENGAN AHLI POLITIK NEGARA???

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini menjadikan negeri Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
Bagi LW, Ahli politik sekarang masuk bertanding bukan untuk memimpin rakyat tetapi boleh dikatakan lebih kepada kepentingan diri sendiri. Kita boleh menilai mana pemimpin yang baik dan mana yang tidak baik. Kalau nak lompat parti pun tunggulah bila pilihanraya yang akan datang. Ini kerana pemimpin yang lompat parti ini seperti lalang, tak ada pendirian tetap dan menipu rakyat yang mengundi beliau pada pilihanraya lepas. Tak kiralah dia Pembangkang lompat ke Kerajaan ataupun dari Kerajaan lompat ke Pembangkang.
Kalau ikutkan hati LW, patut di lenyapkan je pemimpin jenis lalang ni dari arena politik negara. Rakyat asik kena tipu je. Maaflah hari terlalu emosi sikit... Walau apa pun alasannya pemimpin yang macam ni tak patut jadi pemimpin dalam negara kita.
Sejak tamat PRU ke 12 Kerajaan negeri yang dibentuk (Sama ada dari Parti Pembangkang ataupun Kerajaan) tak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna, kerana isu politik tak habis-habis. Rakyat dah melaksanakan tanggungjawabnya, sekarang siapa yang menang dan memerintah kenalah laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah. Sebagai rakyat biasa, LW dah bosan dengan ahli politik sekarang, tak ada karisma sebagai seorang pemimpin. Jadikanlah ahli politik generasi sebelum kemerdekaan sebagai contoh, walaupun ramai antara mereka tak ada kelulusan akademik yang tinggi tetapi mempunyai nilai kepimpinan yang unggul...

Friday 23 January 2009

MUKA ‘ORGANISE’

Okaylah atas desakan seorang kawan yang pandai buat air 3 in tu….hahaha, nak tahu apa LW buat kat tempat practical yang dah masuk minggu ketiga ni. LW seperti biasa memang tak boleh terlepas dari aktiviti ‘organise’ sesuatu event. Dari sekolah dulu, masuk U, start kerja, masuk balik U asik saya yang di nominated untuk ‘organise’ sesuatu. Bukan expert pun tapi mungkin kat dahi saya dah cop kot… Yang pasti LW master in Cut and Paste hahaha. Dalam melaksanakan latihan praktikal ini, saya masih mengekalkan prinsip “Never say no”. So semua assign yang diarahkan kepada saya, saya terima je dulu, walaupun kerja itu tak pernah saya lakukan atau ada pengalaman tentang kerja tu.

Akhirnya macam macam kerja dari buat scrip, sehinggalah jadi ‘tokey’ concert. Mula-mula kena buat soalan survey (sesuatu yang amat LW tak suka buat, teringat masa buat academic writing). Nasib baik berkhat sifu Pn Massila mengajar saya dapat melaksanakan soalan survey untuk pengunjung Ekspo Kerjaya ATM yang akan dilaksanakan pada 31 Jan hingga 1Feb 2009 ni di Dataran Merdeka. Mai la ramai-ramai.

Bukan soalan je, lepas habis ekspo kena buat analysis (Ni satu lagi yang tak gemar nak buat). Di sebabkan soalan survey aku yang mantap dapat pujian lagi “very good question” dari big boss, dapat lah satu lagi kena buat scrip wawancara question and answer untuk promosi ekspo kerjaya ATM di rancangan MHI TV3. (Tengoklah MHI 29 Jan, jam 7.30pagi rasanya semua dalam kenderaan kot).

Hantar je scrip tu boss pun tambah satu soalan lagi, LW terus edit dan hantar balik boss pun setuju dan suruh LW hantar soalan tu ke TV3. Sebelum LW keluar off boss, “Setia, don’t forget footage” dengan muka confident LW terus jawab “Ok, Madam”. Sebenarnya LW tak tahu pun apa benda menatang footage tu. Terus saya cari dalam internet, barulah aku tahu demo tape rupanya. Pastu call TV3, penerbit minta hantar footage tu dalam format Beta….(dalam hati aku menatang apa lak ni…) atau mini dvd atau pun dvd. Biasalah saya sekali lagi dengan confidentnya saya jawab ok saya hantar format beta. Nasib menyebelahi saya, tanya staff media elektronik ada footage dalam format beta. Lega aku…

So hari ini dapat lagi satu kene buat promosi dalam SPM TV1 pula… Tanyangan pada 28 Jan 2009 jam 8.30 pagi. Itulah kerja LW selain kerja rutin key in berita dalam biro pengaduan awam. Setakat ni 128 berita dah di key in tak termasuk hari ni. Keratan akhbar tak dapat lagi. Tadi sebelum gi jumaat, dapat lagi task kena buat talking point untuk Panglima Angkatan Tentera nak petang ni ahhh….terkentut-kentut dibuatnya....So itulah setakat ni apa yang telah dibuat.. selain tu hari2 travel lebih 100 kilometer sehari, kalau terlajak bangun lepas 6.30 pagi maknanya lepas pukul lapan la sampai opis. Masuk pejabat buat-buat muka tak bersalah je….hahahaha.

Thursday 22 January 2009

“HARIMAU MALAYA” YANG LONGLAI

Kekalahan kepada UAE 5-0 dalam kelayakan piala asia 2011 amat memalukan rakyak Malaysia yang mengharapkan satu persembahan yang menarik semalam. Telah banyak peruntukan oleh kerajaan disalurkan kepada sukan bolasepak dalam menaikan tahap keupayaan pasukan negara. Namun sebagai rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan, saya merasa sia-sia sahaja memberikan peruntukan kewangan yang besar kepada sukan ini tapi hasilnya tidak tercapai apa yang diharapkan oleh rakyat malaysia. Malah keputusan kekalahan demi kekalahan dihadiahkan oleh pasukan kebangsaan kepada rakyat Malaysia.
Saya rasa ‘Harimau Malaya’ yang unggul dulu dah tah se gah dahulu, mungkin peruntukan yang banyak menyebabkan ‘Harimau Malaya’ kita terlebih makan, dan menjadi longlai. Walau pun alasan yang diberikan oleh jurulatih negara B. Sathianathan tentang kekalahan anak buahnya disebabkan faktor kecergasan pemain, mungkin ramai setuju dengan saya alasan ini tidak boleh diterima kerana kejohanan ini telah sedia maklum dan persiapan perlu dibuat awal bagi mempastikan kecergasan pemain. Saya rasa tidak keterlaluan menyatakan pasukan bolesepak negara kita “Lembik dan tidak bersemangat”.
Saya juga mengesyorkan kepada kerajaan dan FAM supaya pasukan negara kita ini digantung sementara menyertai apa-apa pertandingan di peringkat antarabangsa sehinggalah FAM dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan telah bersedia melatih sebuah pasukan yang terbaik. Kepada pemain negara, anda adalah wira-wira yang diamanahkan oleh rakyat untuk menaikan imej bolasepak negara, tetapi anda gagal memikul tangungjawab ini, serahlah tugas ini kepada pemain lain yang lebih layak.