Monday 30 March 2009

RENUNGAN BERSAMA PART 2

DI PETIK DARI USRAH RASA HATI...IKIM.FM
Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.
Sebab-sebab hati sakit;
1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.
2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.
3.Lupakan hari kiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, syurga dan nerakaApabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah.
Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati;
1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah swt.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas

Saturday 21 March 2009

RENUNGAN BERSAMA


Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.
Firman Allah swt;
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:
Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman.
Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.Ciri-ciri hati yang mati.Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt.
Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;
1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.

Friday 20 March 2009

THE TRIPLE 10

Today is the special day for me and my wife. The triple 10.You knows why??? Hari ini usia perkahwinan kami genap 10 tahun 10 bulan 10 hari. Doakan kami kekal aman bahagia hidup bersama sehingga ke akhir hayat kami Amin…

Friday 13 March 2009

3 S (Salam, Senyum & Selawat)

Sebagai renungan dan memperingati diriku dan semua yang membacanya.

3 S (Salam, Senyum & Selawat) diantara perkara yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

SALAM: Kita harus memberi salam setiap kali kita bertemu dengan saudara se Islam dengan lafaz Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tanpa mengambil kira sama ada kita kenal atau tidak.

SENYUM: Kita harus sentiasa memberi seyuman, agar ia dapat menenangkan hati kita dan juga hati orang lain yang melihat kita. Amalan memberi seyuman dan memberi salam adalah akhlak mulia yang diajarkan keapada kita oleh Rasullullah s.a.w.

SELAWAT: Berselawat keatas Rasulullah s.a.w.

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).

Semoga amalan ini akan menjadikan hati kita sejahtera. Antara ciri-ciri hati yang sejahtera;

a) Sentiasa mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah swt.

b) Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna-maknanya.

c) Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.

d) Sentiasa berhati-hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.

e) Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah swt.

f) Berperibadi dengan akhlak yang mulia.

g) Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.

h) Sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketetapan ilahi.

Selamat beramal…

Wednesday 4 March 2009

PERAK OH PERAK

1. Kecewa, malu, bengang dan sedih dengan situasi yang telah berlaku dengan POLITIK NEGERI KELAHIRANKU PERAK. Ahli politik dok berebut kuasa untuk memerintah, rakyat yang menjadi mangsa. Ketidak stabilan politik negeri PERAK ketika ini amat merugikan rakyat PERAK yang menjadi mangsa keadaan akibat perebutan kuasa untuk memerintah negeri.


2. Kalau ahli politik asyik bercakaran bila projek pembangunan negeri hendak dilaksanakan. Dahlah dalam keadaan kegawatan ekonomi global ketika ini rakyat lebih derita mengenang nasib. Hampir setahun PRU 12 telah berlalu tetapi masih berebut kuasa. Rakyat mahukan pembangunan, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab seseorang ADUN itu melaksanakan tugasnya untuk kesejahteraan rakyat bukan gunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Nama pun ‘Wakil Rakyat’ kenalah bekerja untuk rakyat bukan rakyat jadi hamba ahli politik. Kita tidak mahu keadaan politik yang tak menentu ini akhirnya kita semua akan rugi. Biarlah parti yang telah dipilih rakyat memerintah dengan caranya sendiri demi kepentingan rakyat. Kalau tak puas hati rakyat boleh memilih kerajaan yang lain pada pilihan raya yang akan datang. Saya merayu kepada ahli-ahli politik nagara, fikirkan hak RAKYAT.