Monday 29 December 2008

Hari Raya Korban 1429H

Hari Raya Korban kali ini saya dan keluarga beraya di Kg Kuala Pari Ipoh. Rumah Papa (ayahku). Ayahku ada terlibat mengambil sebahagian daripada tujuh bahagian salah seekor lembu yang di korban kan kat sini.



Anak2ku awal2 pagi dah tak sabar nak gi tengok macam mana lembu tu nak di korbankan. Bawalah mereka lepas solat sunat raya ke masjid. Aduh...tak larat nak jawap soalan mereka. Terpasalah jawab satu persatu, itulah bezanya zaman saya dulu dengan Anak zaman sekarang banyak nak ambil tahu..ok la tu. Macam nak jawab soalan periksa lak saya dibuat mereka.



Ini Papa ku menyerahkan lembu korban kepada tukang sembelih.



Sempat juga posing dengan lembu yang akan dikorbankan. Dan ini lah saat lembu itu disembelih. Semoga kita mengambil pengajaran dari Korban ini bukan sibuk nak makan dagingnya sahaja.



Jalan-jalan di Melaka


Ini lah driver kereta lembu kami di Melaka Bandaraya Bersejarah. sempat juga saya dan keluarga ke sana. Pertama atas undangan perkahwinan sepupu anak pakcik di Batu Berendam Melaka. Ambil kesempatan ni terus je lawat Melaka. Lepas gi Melaka baru gi Port Dickson. Tapi ada masalah teknikal gambar, baru jumpa gambar ni. Hahaha byk sangat gambar hari ni baru jumpa.


Anak2ku semua nak sangat naik beca dan tapi hari tu Melaka terlalu padat dengan manusia, maklumlah cuti sekolah. Nak cari parking kereta pun tak ada. So sebagai ganti naiklah kereta lembu di Ayer Keroh Melaka. Best jugak naik kereta lembu ni ada pewangi istemewa dia.....apa lagi tahi dia le...Murah je cuma RM10 satu pusingan perjalanan dalam 20 minit. Boleh naik selagi muat.

Ini anak2 ku dan anak2 saudara, mereka gelak dan tak henti2 gelak sebab tengok lembu tu terberak dan terkencing. Saya cakap, hang pa semua berat sebab tulah lembu tu terkincit hahaha. Anak saya seronok saya pun seronok juga. Tapi kesian kat wife terkilan tak dapat naik sama, tertinggal kereta lembu hahaha. Tak pa sayang, lain kali boleh cuba naik. Nak juga naik eye of malaysia kat melaka...masa kat kl bukan tak sempat tapi bajet tak cukup....hehehe.

Sunday 7 December 2008

CUTI CUTI DI PD

Tiga hari dua malam (1-3 Dis 2008) di BERJAYA CoRuS Paradise Appt Resort PD. Seronok, kekeyangan, sunburn, penat dan habis duit...Hahahaha. Apa yang paling saya suka ialah all my family happy. Anak2 semua gembira 4 jam dalam laut, naik Kuda dan wife pula seronok makan tak henti2 hehhee. Dah tak mandi laut makan je la kerjanya. Agar ia menjadi kenangan.













Friday 5 December 2008

Al-fatihah... Tuan Haji Shafiee Ahmad


Seorang timbalan dekan yang sering sibuk dengan kerjanya namun setiap kali kami berselisihan atau bertemu di fakulti dia mesti bertanyakan khabar saya. Saya rasa sedih apabila mendapat berita beliau meninggal dunia semasa lawatan sambil belajar di New Zealand akibat kemalangan van yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu pada 3 dis 2008.
Walaupun saya tidak pernah terlibat dengan kuliahnya, tapi saya sering mendapat bantuan dan khidmat nasihat beliau berkaitan perkara pentadbiran. Maklumlah saya 'class rep' sering berurusan dengan pejabat tadbir fakulti. Di kesempatan ini saya dan bagi pihak rakan-rakan kelas saya MC222 Public Relations (Jul 2006 - Jul 2009) mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Amin. Al-Fatihah.

Friday 28 November 2008

My Gen-Y friends in memories

Good luck and remember 4 things:

1. Love of God (101%)
2. Attitude (100%)
3. Hard Work (98%)
4. Knowledge (96%)


You know why??? Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

If: H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And: K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But: A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top! It's up to you if you share this with your friends & loved ones just the way I did. Have a nice day.



Thursday 23 October 2008

Birthday Izzuddin ke 6



Tanggal 25 Okt 2008 ni, genaplah enam tahun anakku yang ke 4 MUHAMMAD WAFIIZZUDDIN. Anak yang paling manja, sensitif dan kuat menangis. Tapi kelebihan dia ni pandai ambil hati dan suka menolong orang kalau dipinta. Suka dengan kucing, sehingga memaksa saya untuk dapatkan kucing bagi dia. Tapi saya kata tak perlu sebab dah banyak kucing liar berkeliaran keluar masuk kat rumah. Tapi nak jadi cerita...jatuhlah seekor anak kucing dari bumbung rumah, so dia terus ambil dan dapatlah dia bela 3 hari sebelum ibu kucing itu ambil balik anak dia. Yang paling terharu dengan nada penuh harapan dia mohon saya berikan dia hadiah untuk hari lahir dia akan datang. So apakah hadiah yang paling sesuai, murah (maklumlah kegawatan) dan bukan permainan yang rasanya perlu saya bagi pada IZZUDDIN...

NCWO, Academic writing and ...


So hard to say but I really need extra time to accomplish all this matter before tarikh KERAMAT ia perlu dihantar. May be one of the factor is my time management plan is not workable. Terutama academic writing. Kalau ikutkan hati malas je nak buat. Tapi kerana tangungjawab walau betapa sukarnya, sama ada suka atau tidak saya perlu teruskan sehingga selesai. Bukan senang nak jadi senang, so jadilah PKNS (Pening Kepala Nak Senang). Sebagai nak motivate diri sendiri terpaksalah saya buat cara saya tersendiri iaitu maki hamun diri sendiri. (#@?$%&!). Biasanya cara ini amat berhasil kepada diri saya. Sekarang ni dah tersangat lembab, leka, malas. Hey SETIA! WAKEUP!!!

Tuesday 16 September 2008

NMT JOMWORK

This video needs us to introduce our director members in our fantasy hotel for subject PRO 622. It’s not easy as you think to complete this work. Hope you enjoy watching it. Hehehe.

Saturday 2 August 2008

Welcome To Bukit Malawati



Kecewa tak dapat A....AAHHH.

“OPEN MINDED” VS “PLASTIC”

Are you open minded or plastic? Believed or not, ramai yang menyatakan dia adalah seorang yang open minded tetapi pada hakikatnya dia adalah plastic…. Malah kadang kala lebih buruk dari plastic sampah yang ada kalanya menyebabkan kita menyampah. So those people this type of attitude we should delete them from our list. Be what you want to be, if you are open minded jadilah yang sebenar-benarnya. Maybe betul atau tidak perkara ini terjadi kerana budaya kita yang sering nak jaga air muka orang (safe face) menyebabkan kita jadi sebegini…???

Saturday 26 July 2008

AWAS Jenayah Baru

Satu fenomena baru dalam era jenayah masa kini. Pecah masuk rumah dengan menutup air pada meter air di luar rumah. Banyak kes telah berlaku tak kira masa siang dan malam. Sasaran penjenayah kepada rumah yang mana penghuninya tidak ramai pada masa tersebut. Penjenayah membuat tinjauan, kononnya sedang mencari rumah untuk disewa atau mencari rumah kawan dan sebagainya. Apabila sasaran dikenal pasti barulah ia menutup paip air. Penjenayah menunggu sehingga mangsa keluar dan menyerang mangsa. So kalau ada duit lebih buatlah kunci di meter air anda. Dulu depa dok curi meter air, la ni byk meter air dah tukar kepada plastik. Mereka pun tukar strategi jenayah mereka. Harap2 mereka ni bertaubat...janganlah berebut rebut nak masuk neraka dengan buat jenayah ini. Fikir-fikirkan...

ASAL USUL BANGSA MELAYU


Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

1. Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
2. Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160 (Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa Melayu STPM (2006), edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140]:

1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [Ismail Hamid, 1988, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 4] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid [Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1988, Jld 3 (M-Q), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504].

Pada pandangan saya kesukaran untuk mentafsirkan asal usul Melayu adalah disebabkan begitu banyak Kerajaan Kesultanan Melayu yang wujud di rantau ini, sebagai contoh di Semennanjung Tanah Melayu sahaja masih ada 9 Kerajaan Melayu yang masid wujud. Apa yang menyedihkan kita, Kerajaan Melayu Melaka yang begitu terkenal telah lenyap di muka bumi ini. Secara amnya kesemua kerajaan ini mengamalkan adat resam yang berbeza. Kekerapan orang Melayu yang sering berhijrah disebabkan penjajahan atau peperangan antara kerajaan-kerajaan Melayu lama atau dari kekuasaan Eropah di rantau ini, munkin menjadi satu faktor kesukaran untuk mengetahui asal usul Melayu. Ekoran daripada itu segala adat dan kesan kewujudan sukar untuk dibuktikan. Ini berbeza dengan bangsa India dan Cina yang lebih jelas kewujudanya. Pepatah Melayu “Biar Mati Anak Jangan Mati Adat” itu mungkin ada kebenaranya. Kurangnya menitik beratkan adat resam kita, secara langsung akan melenyapkan asal usul kita tanpa disedari.