Saturday 26 July 2008

AWAS Jenayah Baru

Satu fenomena baru dalam era jenayah masa kini. Pecah masuk rumah dengan menutup air pada meter air di luar rumah. Banyak kes telah berlaku tak kira masa siang dan malam. Sasaran penjenayah kepada rumah yang mana penghuninya tidak ramai pada masa tersebut. Penjenayah membuat tinjauan, kononnya sedang mencari rumah untuk disewa atau mencari rumah kawan dan sebagainya. Apabila sasaran dikenal pasti barulah ia menutup paip air. Penjenayah menunggu sehingga mangsa keluar dan menyerang mangsa. So kalau ada duit lebih buatlah kunci di meter air anda. Dulu depa dok curi meter air, la ni byk meter air dah tukar kepada plastik. Mereka pun tukar strategi jenayah mereka. Harap2 mereka ni bertaubat...janganlah berebut rebut nak masuk neraka dengan buat jenayah ini. Fikir-fikirkan...

ASAL USUL BANGSA MELAYU


Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

1. Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
2. Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160 (Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa Melayu STPM (2006), edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140]:

1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [Ismail Hamid, 1988, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 4] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid [Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1988, Jld 3 (M-Q), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504].

Pada pandangan saya kesukaran untuk mentafsirkan asal usul Melayu adalah disebabkan begitu banyak Kerajaan Kesultanan Melayu yang wujud di rantau ini, sebagai contoh di Semennanjung Tanah Melayu sahaja masih ada 9 Kerajaan Melayu yang masid wujud. Apa yang menyedihkan kita, Kerajaan Melayu Melaka yang begitu terkenal telah lenyap di muka bumi ini. Secara amnya kesemua kerajaan ini mengamalkan adat resam yang berbeza. Kekerapan orang Melayu yang sering berhijrah disebabkan penjajahan atau peperangan antara kerajaan-kerajaan Melayu lama atau dari kekuasaan Eropah di rantau ini, munkin menjadi satu faktor kesukaran untuk mengetahui asal usul Melayu. Ekoran daripada itu segala adat dan kesan kewujudan sukar untuk dibuktikan. Ini berbeza dengan bangsa India dan Cina yang lebih jelas kewujudanya. Pepatah Melayu “Biar Mati Anak Jangan Mati Adat” itu mungkin ada kebenaranya. Kurangnya menitik beratkan adat resam kita, secara langsung akan melenyapkan asal usul kita tanpa disedari.