Sunday 25 January 2009

APA NAK JADI DENGAN AHLI POLITIK NEGARA???

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini menjadikan negeri Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
Bagi LW, Ahli politik sekarang masuk bertanding bukan untuk memimpin rakyat tetapi boleh dikatakan lebih kepada kepentingan diri sendiri. Kita boleh menilai mana pemimpin yang baik dan mana yang tidak baik. Kalau nak lompat parti pun tunggulah bila pilihanraya yang akan datang. Ini kerana pemimpin yang lompat parti ini seperti lalang, tak ada pendirian tetap dan menipu rakyat yang mengundi beliau pada pilihanraya lepas. Tak kiralah dia Pembangkang lompat ke Kerajaan ataupun dari Kerajaan lompat ke Pembangkang.
Kalau ikutkan hati LW, patut di lenyapkan je pemimpin jenis lalang ni dari arena politik negara. Rakyat asik kena tipu je. Maaflah hari terlalu emosi sikit... Walau apa pun alasannya pemimpin yang macam ni tak patut jadi pemimpin dalam negara kita.
Sejak tamat PRU ke 12 Kerajaan negeri yang dibentuk (Sama ada dari Parti Pembangkang ataupun Kerajaan) tak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna, kerana isu politik tak habis-habis. Rakyat dah melaksanakan tanggungjawabnya, sekarang siapa yang menang dan memerintah kenalah laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah. Sebagai rakyat biasa, LW dah bosan dengan ahli politik sekarang, tak ada karisma sebagai seorang pemimpin. Jadikanlah ahli politik generasi sebelum kemerdekaan sebagai contoh, walaupun ramai antara mereka tak ada kelulusan akademik yang tinggi tetapi mempunyai nilai kepimpinan yang unggul...

Friday 23 January 2009

MUKA ‘ORGANISE’

Okaylah atas desakan seorang kawan yang pandai buat air 3 in tu….hahaha, nak tahu apa LW buat kat tempat practical yang dah masuk minggu ketiga ni. LW seperti biasa memang tak boleh terlepas dari aktiviti ‘organise’ sesuatu event. Dari sekolah dulu, masuk U, start kerja, masuk balik U asik saya yang di nominated untuk ‘organise’ sesuatu. Bukan expert pun tapi mungkin kat dahi saya dah cop kot… Yang pasti LW master in Cut and Paste hahaha. Dalam melaksanakan latihan praktikal ini, saya masih mengekalkan prinsip “Never say no”. So semua assign yang diarahkan kepada saya, saya terima je dulu, walaupun kerja itu tak pernah saya lakukan atau ada pengalaman tentang kerja tu.

Akhirnya macam macam kerja dari buat scrip, sehinggalah jadi ‘tokey’ concert. Mula-mula kena buat soalan survey (sesuatu yang amat LW tak suka buat, teringat masa buat academic writing). Nasib baik berkhat sifu Pn Massila mengajar saya dapat melaksanakan soalan survey untuk pengunjung Ekspo Kerjaya ATM yang akan dilaksanakan pada 31 Jan hingga 1Feb 2009 ni di Dataran Merdeka. Mai la ramai-ramai.

Bukan soalan je, lepas habis ekspo kena buat analysis (Ni satu lagi yang tak gemar nak buat). Di sebabkan soalan survey aku yang mantap dapat pujian lagi “very good question” dari big boss, dapat lah satu lagi kena buat scrip wawancara question and answer untuk promosi ekspo kerjaya ATM di rancangan MHI TV3. (Tengoklah MHI 29 Jan, jam 7.30pagi rasanya semua dalam kenderaan kot).

Hantar je scrip tu boss pun tambah satu soalan lagi, LW terus edit dan hantar balik boss pun setuju dan suruh LW hantar soalan tu ke TV3. Sebelum LW keluar off boss, “Setia, don’t forget footage” dengan muka confident LW terus jawab “Ok, Madam”. Sebenarnya LW tak tahu pun apa benda menatang footage tu. Terus saya cari dalam internet, barulah aku tahu demo tape rupanya. Pastu call TV3, penerbit minta hantar footage tu dalam format Beta….(dalam hati aku menatang apa lak ni…) atau mini dvd atau pun dvd. Biasalah saya sekali lagi dengan confidentnya saya jawab ok saya hantar format beta. Nasib menyebelahi saya, tanya staff media elektronik ada footage dalam format beta. Lega aku…

So hari ini dapat lagi satu kene buat promosi dalam SPM TV1 pula… Tanyangan pada 28 Jan 2009 jam 8.30 pagi. Itulah kerja LW selain kerja rutin key in berita dalam biro pengaduan awam. Setakat ni 128 berita dah di key in tak termasuk hari ni. Keratan akhbar tak dapat lagi. Tadi sebelum gi jumaat, dapat lagi task kena buat talking point untuk Panglima Angkatan Tentera nak petang ni ahhh….terkentut-kentut dibuatnya....So itulah setakat ni apa yang telah dibuat.. selain tu hari2 travel lebih 100 kilometer sehari, kalau terlajak bangun lepas 6.30 pagi maknanya lepas pukul lapan la sampai opis. Masuk pejabat buat-buat muka tak bersalah je….hahahaha.

Thursday 22 January 2009

“HARIMAU MALAYA” YANG LONGLAI

Kekalahan kepada UAE 5-0 dalam kelayakan piala asia 2011 amat memalukan rakyak Malaysia yang mengharapkan satu persembahan yang menarik semalam. Telah banyak peruntukan oleh kerajaan disalurkan kepada sukan bolasepak dalam menaikan tahap keupayaan pasukan negara. Namun sebagai rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan, saya merasa sia-sia sahaja memberikan peruntukan kewangan yang besar kepada sukan ini tapi hasilnya tidak tercapai apa yang diharapkan oleh rakyat malaysia. Malah keputusan kekalahan demi kekalahan dihadiahkan oleh pasukan kebangsaan kepada rakyat Malaysia.
Saya rasa ‘Harimau Malaya’ yang unggul dulu dah tah se gah dahulu, mungkin peruntukan yang banyak menyebabkan ‘Harimau Malaya’ kita terlebih makan, dan menjadi longlai. Walau pun alasan yang diberikan oleh jurulatih negara B. Sathianathan tentang kekalahan anak buahnya disebabkan faktor kecergasan pemain, mungkin ramai setuju dengan saya alasan ini tidak boleh diterima kerana kejohanan ini telah sedia maklum dan persiapan perlu dibuat awal bagi mempastikan kecergasan pemain. Saya rasa tidak keterlaluan menyatakan pasukan bolesepak negara kita “Lembik dan tidak bersemangat”.
Saya juga mengesyorkan kepada kerajaan dan FAM supaya pasukan negara kita ini digantung sementara menyertai apa-apa pertandingan di peringkat antarabangsa sehinggalah FAM dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan telah bersedia melatih sebuah pasukan yang terbaik. Kepada pemain negara, anda adalah wira-wira yang diamanahkan oleh rakyat untuk menaikan imej bolasepak negara, tetapi anda gagal memikul tangungjawab ini, serahlah tugas ini kepada pemain lain yang lebih layak.