Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini menjadikan negeri Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
Bagi LW, Ahli politik sekarang masuk bertanding bukan untuk memimpin rakyat tetapi boleh dikatakan lebih kepada kepentingan diri sendiri. Kita boleh menilai mana pemimpin yang baik dan mana yang tidak baik. Kalau nak lompat parti pun tunggulah bila pilihanraya yang akan datang. Ini kerana pemimpin yang lompat parti ini seperti lalang, tak ada pendirian tetap dan menipu rakyat yang mengundi beliau pada pilihanraya lepas. Tak kiralah dia Pembangkang lompat ke Kerajaan ataupun dari Kerajaan lompat ke Pembangkang.
Kalau ikutkan hati LW, patut di lenyapkan je pemimpin jenis lalang ni dari arena politik negara. Rakyat asik kena tipu je. Maaflah hari terlalu emosi sikit... Walau apa pun alasannya pemimpin yang macam ni tak patut jadi pemimpin dalam negara kita.
Sejak tamat PRU ke 12 Kerajaan negeri yang dibentuk (Sama ada dari Parti Pembangkang ataupun Kerajaan) tak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna, kerana isu politik tak habis-habis. Rakyat dah melaksanakan tanggungjawabnya, sekarang siapa yang menang dan memerintah kenalah laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah. Sebagai rakyat biasa, LW dah bosan dengan ahli politik sekarang, tak ada karisma sebagai seorang pemimpin. Jadikanlah ahli politik generasi sebelum kemerdekaan sebagai contoh, walaupun ramai antara mereka tak ada kelulusan akademik yang tinggi tetapi mempunyai nilai kepimpinan yang unggul...
5 comments:
Mr. Jon setuju dgn pendapat Loyal Warrior...
Betul tu rakayat dah menjalankan tanggungjawabnya... Sekarang MP pula kene jalankan amanah yang di beri oleh rakyat....
Tun Ghafar Baba merupakan salah seorang ahli politik yg tidak berpelajaran tinggi...
Tapi bijak berdiplomasi...
susah r skrg kn...
even in d same parti pun dorg keep on fightg...
kita ni nganga jek...
kdg nk bc paper pun dh pnat.
dgn harga brg naik, ekonomi merudum, rasanya perbalahan politik ni jz mengeruhkan lg keadaan.
nw yg terbaru kes Kugan 2...ni libatkn perkauman. mmg teruk r..hope abg sbg PR ATM boleh wujudkan n impruv imej unit abg. jgn smpi pblc hlg trust k...
HIDUP ASKAR MELAYU!
Tq, itulah ahli politik. Jangan jual negara sudah....
abg..org da update blog..tp ckit je la cite..='p
Bagussss.........
Post a Comment