Thursday, 22 January 2009

“HARIMAU MALAYA” YANG LONGLAI

Kekalahan kepada UAE 5-0 dalam kelayakan piala asia 2011 amat memalukan rakyak Malaysia yang mengharapkan satu persembahan yang menarik semalam. Telah banyak peruntukan oleh kerajaan disalurkan kepada sukan bolasepak dalam menaikan tahap keupayaan pasukan negara. Namun sebagai rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan, saya merasa sia-sia sahaja memberikan peruntukan kewangan yang besar kepada sukan ini tapi hasilnya tidak tercapai apa yang diharapkan oleh rakyat malaysia. Malah keputusan kekalahan demi kekalahan dihadiahkan oleh pasukan kebangsaan kepada rakyat Malaysia.
Saya rasa ‘Harimau Malaya’ yang unggul dulu dah tah se gah dahulu, mungkin peruntukan yang banyak menyebabkan ‘Harimau Malaya’ kita terlebih makan, dan menjadi longlai. Walau pun alasan yang diberikan oleh jurulatih negara B. Sathianathan tentang kekalahan anak buahnya disebabkan faktor kecergasan pemain, mungkin ramai setuju dengan saya alasan ini tidak boleh diterima kerana kejohanan ini telah sedia maklum dan persiapan perlu dibuat awal bagi mempastikan kecergasan pemain. Saya rasa tidak keterlaluan menyatakan pasukan bolesepak negara kita “Lembik dan tidak bersemangat”.
Saya juga mengesyorkan kepada kerajaan dan FAM supaya pasukan negara kita ini digantung sementara menyertai apa-apa pertandingan di peringkat antarabangsa sehinggalah FAM dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan telah bersedia melatih sebuah pasukan yang terbaik. Kepada pemain negara, anda adalah wira-wira yang diamanahkan oleh rakyat untuk menaikan imej bolasepak negara, tetapi anda gagal memikul tangungjawab ini, serahlah tugas ini kepada pemain lain yang lebih layak.

3 comments:

MisZ SuE said...

betul2..
majulah sukan untuk negara..
da semakin teruk rentak permainan pasukan bolasepak negara kita..
tp, nk buat camne...world is change..hehehe...

p/s:abg setia post la story about ur workplace..excited nk tau..

LoyalWarrior said...

Artical ni dah keluar kat utusan malaysia 23 jan 2009 page 12 ruangan forum.

AuR said...

ehem2...
dr bola in d house!
huhuu..
ada satu soalan yg sy sll tertanya2...how telus is d pemilihan pemain. klu abg folow, ramai palyr yg perform dlm league x terpilih. caoach mcm ply fvrites... 2 yg ssh dgn coach local...
nk kata x fit, susah gak...dorg pn training hari2..
yg kita kena salahkan skrg is sistem latihan 2 kot. kita nk player yg bkn stkt blh blari, tapi boleh main pkai otak...
sy mmg smgt klu cite psl bola...dulu masa darjah 4 saya wakil sekolah.(masa kurus lagi),cikgu saya ckp, a team is a combination of gud tactic, formation, persefahaman n teknik...
baik amik cikgu saya 2 jek jd coach huhu
actly kita mmg tau mlysia akan kalah, tp xde r smpi 5 bijik. yg klakar, sathia siap ckp b4 game, "peluang kita seimbang coz ikut rekod, UAE mng 2 gem kita pn mng 2 gem. so kita blh menang"
x pelik ke bila dia ckp cm2. klu ye pun optimis, bia r realistik...

k r, pjg lebar plak. huhu
salute!