Okaylah atas desakan seorang kawan yang pandai buat air 3 in tu….hahaha, nak tahu apa LW buat kat tempat practical yang dah masuk minggu ketiga ni. LW seperti biasa memang tak boleh terlepas dari aktiviti ‘organise’ sesuatu event. Dari sekolah dulu, masuk U, start kerja, masuk balik U asik saya yang di nominated untuk ‘organise’ sesuatu. Bukan expert pun tapi mungkin kat dahi saya dah cop kot… Yang pasti LW master in Cut and Paste hahaha. Dalam melaksanakan latihan praktikal ini, saya masih mengekalkan prinsip “Never say no”. So semua assign yang diarahkan kepada saya, saya terima je dulu, walaupun kerja itu tak pernah saya lakukan atau ada pengalaman tentang kerja tu.
Akhirnya macam macam kerja dari buat scrip, sehinggalah jadi ‘tokey’ concert. Mula-mula kena buat soalan survey (sesuatu yang amat LW tak suka buat, teringat masa buat academic writing). Nasib baik berkhat sifu Pn Massila mengajar saya dapat melaksanakan soalan survey untuk pengunjung Ekspo Kerjaya ATM yang akan dilaksanakan pada 31 Jan hingga 1Feb 2009 ni di Dataran Merdeka. Mai la ramai-ramai.
Bukan soalan je, lepas habis ekspo kena buat analysis (Ni satu lagi yang tak gemar nak buat). Di sebabkan soalan survey aku yang mantap dapat pujian lagi “very good question” dari big boss, dapat lah satu lagi kena buat scrip wawancara question and answer untuk promosi ekspo kerjaya ATM di rancangan MHI TV3. (Tengoklah MHI 29 Jan, jam 7.30pagi rasanya semua dalam kenderaan kot).
Hantar je scrip tu boss pun tambah satu soalan lagi, LW terus edit dan hantar balik boss pun setuju dan suruh LW hantar soalan tu ke TV3. Sebelum LW keluar off boss, “Setia, don’t forget footage” dengan muka confident LW terus jawab “Ok, Madam”. Sebenarnya LW tak tahu pun apa benda menatang footage tu. Terus saya cari dalam internet, barulah aku tahu demo tape rupanya. Pastu call TV3, penerbit minta hantar footage tu dalam format Beta….(dalam hati aku menatang apa lak ni…) atau mini dvd atau pun dvd. Biasalah saya sekali lagi dengan confidentnya saya jawab ok saya hantar format beta. Nasib menyebelahi saya, tanya staff media elektronik ada footage dalam format beta. Lega aku…
So hari ini dapat lagi satu kene buat promosi dalam SPM TV1 pula… Tanyangan pada 28 Jan 2009 jam 8.30 pagi. Itulah kerja LW selain kerja rutin key in berita dalam biro pengaduan awam. Setakat ni 128 berita dah di key in tak termasuk hari ni. Keratan akhbar tak dapat lagi. Tadi sebelum gi jumaat, dapat lagi task kena buat talking point untuk Panglima Angkatan Tentera nak petang ni ahhh….terkentut-kentut dibuatnya....So itulah setakat ni apa yang telah dibuat.. selain tu hari2 travel lebih 100 kilometer sehari, kalau terlajak bangun lepas 6.30 pagi maknanya lepas pukul lapan la sampai opis. Masuk pejabat buat-buat muka tak bersalah je….hahahaha.
10 comments:
hahaha..
klakar2..di mane2 pon abg setia terkenal dgn pengarah projek..
biasa la..darah kepimpinan tu memg da ade..
huhuhu,...memg byk tol keje yg kite buat tp kite xtau jwb tau..hahahaha.. memg stiasa confident even xtau ape2..kahkahkah,,..
Kahkahkahkah...
Bagos bang...sejuk perut Dr. Kiran kalau tahu ni....
Abang.... kat MINDEF ada kerja kosong tak?
Biasala tu... kerja kosong jadi askar adalah, kalau nak jadi peg penerangan kena mohon melalui spa. Sue mana air nya hahaha
Lega, taking point diterima Yahooo
Jadi askar tak nak!!!
congrats...
fuyo...dah mcm pegawai broadcasting da nie...hebat2...chaiyok2!!!
Biasalah tu PR (Power Ranger) semua nak buat..hahaha
gila punye terer...
abg, blh r buka consultant pasni..
jd lecturer pn blh. sume jenis keje abg dah expert ni...
xsia2 kita kena maki ngan lec uitm dl huhu anyway,klu ada event best2, jgn lupa r nk hello sy k...
abg,za ade g datran merdeka tgk pameran yg abg organized 2..tapi,nape kerete kebal tak de? huhu..newy bang,congrate n gud luck as well..abg da hebat la,bru wat practicle training,tp da 'superb'..chaiyok!!!
Post a Comment