1. Kecewa, malu, bengang dan sedih dengan situasi yang telah berlaku dengan POLITIK NEGERI KELAHIRANKU PERAK. Ahli politik dok berebut kuasa untuk memerintah, rakyat yang menjadi mangsa. Ketidak stabilan politik negeri PERAK ketika ini amat merugikan rakyat PERAK yang menjadi mangsa keadaan akibat perebutan kuasa untuk memerintah negeri.
2. Kalau ahli politik asyik bercakaran bila projek pembangunan negeri hendak dilaksanakan. Dahlah dalam keadaan kegawatan ekonomi global ketika ini rakyat lebih derita mengenang nasib. Hampir setahun PRU 12 telah berlalu tetapi masih berebut kuasa. Rakyat mahukan pembangunan, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab seseorang ADUN itu melaksanakan tugasnya untuk kesejahteraan rakyat bukan gunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Nama pun ‘Wakil Rakyat’ kenalah bekerja untuk rakyat bukan rakyat jadi hamba ahli politik. Kita tidak mahu keadaan politik yang tak menentu ini akhirnya kita semua akan rugi. Biarlah parti yang telah dipilih rakyat memerintah dengan caranya sendiri demi kepentingan rakyat. Kalau tak puas hati rakyat boleh memilih kerajaan yang lain pada pilihan raya yang akan datang. Saya merayu kepada ahli-ahli politik nagara, fikirkan hak RAKYAT.
3 comments:
erm..
xtau nak komen ape..
entah lah, rasanya wakil rakyat da xde fungsi lagi untuk rakyat sekarang nie...
Betul tu, jangan sampai Agong keluarkan perintah Tentera ambil alih kerajaan. Baru padan muka semua
bang, klu tentera amik alih, blh x sy apply jd menteri belia dan sukan? huhu
Post a Comment